Monday 14 November 2011

QIAMULLAIL 12.11.2011 - 13.11.2011


SOLAT QIAMULLAIL



Zikay setiap tahun akan membuat 2 kali solat qiamullail di surau datuk keramat, dan setiap tahun la aku akan hadir. aku rasa tenang sgt bila membuat solat qiamullail. kalau dulu aku hanya buat solat qiamullail hanya zaman sekolah saja bersama rakan sekolah dan guru-guru. kini setiap tahun 2 kali aku akan menunaikan solat qiamullail. sejak aku bekerja di syarikat melayu yang lebih pentingkan agama. bagus jugak kan... sekurang-kurangnya aku rasa diriku dekat dengan tuhan. 

anda tau maksud solat qiamullail, kepada yang tak tau aku de nyatakan kelebihan solat seperti dibawah.

Qiamullail adalah merujuk kepada amalan beribadat pada malam hari dengan mengerjakan solat-solat sunat seperti solat Sunat Taubat, Tahajjud, Witir dan lain-lain, serta amalan-amalan seperti membaca Al-Quran , berzikir , beristighfar, berdoa dan sebagainya . Ibadah Qiamullail sangat digalakan di dalam Islam. Qiamullail boleh dikerjakan secara berseorangan atau secara beramai-ramai.

KELEBIHAN 

Banyak ayat Al-Quran dan hadith nabi yang menerangkan tentang kelebihan bagi mereka yang mengerjakan ibadah Qiamullail. Di antaranya ialah firman Allah S.W.T.:
Maksudnya:
"Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "Sembahyang Tahajjud" padanya sebagai sembahyang tambahan bagimu, semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji".
(Surah al-Isra': 79)
Ketika melakukan digalakkan melakukan solat sunat seperti berikut :-
  1. Solat Sunat Awwabin
  2. Solat Sunat Tahajjud
  3. Solat Sunat Hajat
  4. Solat Sunat Taubat
  5. Solat Sunat Tasbih
  6. Solat Sunat Witir
Disebut juga di dalam Surah Al-Muzzammil ayat 1 hingga 8 yang bermaksud:

[1] Wahai orang yang berselimut!.

[2] Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat),

[3] Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu,

[4] Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil".

[5] (Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya).

[6] Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya.

[7] (Kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya;

[8] Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

[1] Hai orang yang berselimut (Muhammad),

[2] bangunlah (untuk sembahyang) di malam hari, kecuali sedikit (daripadanya),

[3] (yaitu) seperduanya atau kurangilah dari seperdua itu sedikit,

[4] atau lebih dari seperdua itu. Dan bacalah Al Qur'an itu dengan perlahan-lahan.

[5] Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat.

[6] Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyuk) dan bacaan di waktu itu lebih berkesan.

[7] Sesungguhnya kamu pada siang hari mempunyai urusan yang panjang (banyak).

[8] Sebutlah nama Tuhanmu, dan beribadahlah kepada-Nya dengan penuh ketekunan.





No comments:

Post a Comment