Saturday 19 November 2011

Perubahan diriku

SEBELUM BERTUDUNG

nie gambar aku sebelum aku pakai tudung, kalau pakai tudung pun masa nak gie keja jea 2 gie ke tempat yang perlu bertudung jea...amacam cun tak .... hahahahha poyo jea aku


 SEKARANG DAH PAKAI TUDUNG

aku sebenar yer memang tergerak lama dah nak pakai tudung sepenuhnya... kata Mr. B kalau bertudung tue kan cantik dan sejuk jea mata memandang. aku pun alamak cantik ke aku... tapi ermm tah la..

bermulalah aku telah mengenali seseorang lelaki yang aku baru mengenalinya iaitu Mr. B. Entah mcmana tah, terbuka pulak hati aku untuk terus bertudung pada awal bulan puasa baru nie.... atas permintaan Mr. B. Choop.... korang nak tau ke nama penuh Mr B... eeermmm  xyah la yek

atas sebab-sebab nape aku leh terbuka hati nak bertudung.... aku pun tak tau, adakah kerana dari hatiku sendiri atau kerana aku sukakan Mr B tue.. mana satu ek. hehehe 

Biarlah hanya aku saja yang tau..... BIARLAH RAHSIA..
xnk citer panjang2 lebar la...cuma doakan aku semoga aku terus pakai tudung dan menjadi wanita yang lemah lembut dan ingat pada tuhan.....
byeee

Friday 18 November 2011

hari Sabtu, ari malas kerja

ARI MALAS AKU

Nape la kena keja ari nie... nape la x cuti jea ari sabtu. aduh letih la dah 2 minggu keja ari sabtu. bila nak cuti nie.... keja banyak lak tue, satu keja abis, tambah lagi keja yang baru... sampai bila2 pun xkan abis buat keja... xpela... fokus.. keja..keja selagi badan terdaya.... ok


Makan Mee Bandung

12.30PM - Jumaat



Mee Bandung Muar
Carrot Susu
waktu rehat aku ajak la kak Diana gie makan mee bandung muar di The Mall, Oooops sekarang dikenali bangunan Sunway la. bukan The Mall. ermmm The Mall niela tempat aku bermain dulu. jgn fikir yg bukan2 hah. tempat aku bekerja dulu la.... Kalau korang nak tau tempat keja aku dulu Starlight Express The Mall la... yang lebih kurang macam Time Square tue. Aku kerja tahun 1995 - 2000. lama kan....

balik semula pasal mee bandung muar yang sedap tue.
Peeeah..... memang sedap gilo la Mee Bandung Muar di medan Hang Tuah tingkat 4 The Mall... Nasib baik lom gilo lagi hahahahhaah poyo jea aku. kalau korang nak gie makan mee bandung muar di sunway pergila ke kedai ada tulis mee bandung muar. hah tuela kedai yer. 1 pinggan RM 5.00
Minum air carrot susu pulak tue, tp carrot susu dia kureng sikit sedap la. 1 gelas RM 3.00
pape lain kali aku nak makan lagi mee bandung muar nie... memang sedap la....yum..yum